HATI DAN AKAL.. aku??
emo sket:( Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta.. Akal : Assalamualaikum, sahabat. Hati : Waalaikumussalam... Akal : Apa khabar iman anda? Hati terdiam... Akal bertanya sekali lagi. Akal : Apa khabar iman anda? Hati : Kurang sihat mungkin. Akal : Mengapa? Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku... Akal : Dia yang mana, sahabatku? Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya.. Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia. Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia. Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama. Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya. Akal : Apa makna cinta? Hati : Kasih dan sayang. Akal : Bagiku cinta itu gila